-
Hasanah Mosque - Email:
- Call:
- Share:
Event Location
09 Oct, 2026 From 6:30 PM to 10:00 PM Dewan Solat Utama, Masjid Hasanah, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
Haul Pendahulu-Pendahulu Hasanah 2026
Jumaat, 9 Oktober 2026
6.30 petang – 10.00 malam
Dewan Solat Utama, Masjid Hasanah
Mari bersama-sama menghadiri Haul Pendahulu-Pendahulu Hasanah 2026 sebagai wadah untuk mengenang jasa dan sumbangan para pendahulu yang telah banyak berbakti dalam membina, mengimarahkan dan memakmurkan Masjid Hasanah.
Majlis ini turut diserikan dengan Tahlil Jama’i, sebagai ruang untuk kita bersama-sama mendoakan para arwah serta mengenang mereka yang telah mendahului kita dengan penuh penghargaan dan doa.
Tahlil Jama’i
Ceramah Khas: “LEGASI”
Ustaz Irwan Hadi
Hayati perkongsian tentang erti sebuah legasi — mengenang jejak kebaikan yang telah ditinggalkan oleh generasi terdahulu, mengambil iktibar daripadanya, dan merenung legasi yang ingin kita bina serta tinggalkan untuk generasi akan datang.
Daftar Tahlil Jama’i melalui kod QR di poster atau melalui pautan berikut:
Semoga majlis ini menjadi kesempatan untuk kita mengenang yang telah pergi, menghargai yang telah ditinggalkan, dan meneruskan legasi kebaikan.
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Jumaat, 9 Oktober 2026
Masa: 6.30 petang – 10.00 malam
Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Hasanah
Daftar di: https://tinyurl.com/TahlilJamaiHaulHasanah2026
Registration Details
There are no tickets configured for this event. Please view event details above or contact the organizer for more info.