-
Hasanah Mosque - Email:
- Call:
- Share:
Event Location
03 Oct, 2026 From 9:00 AM to 12:30 PM Masjid Hasanah, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Fees
Percuma
Synopsis
BMT – BIMBINGAN MENUJU TAQWA
Pembelajaran Islam Berstruktur untuk Golongan Warga Emas
Usia emas bukanlah pengakhiran perjalanan…
tetapi satu fasa untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbaiki ibadah, menyusun kehidupan dan mempersiapkan diri menuju husnul khatimah.
Dalam kesibukan kehidupan, adakah kita sudah menyediakan ruang untuk belajar dan mempersiapkan diri menghadapi fasa usia emas?
Masjid Hasanah mempersembahkan:
BIMBINGAN MENUJU TAQWA (BMT)
Sebuah program pembelajaran Islam selama 3 modul, khas untuk golongan warga emas dan mereka yang ingin mempersiapkan diri menghadapi usia emas dengan lebih tenang, sihat, teratur dan dekat dengan Allah SWT.
3 MODUL UTAMA:
MODUL 1 – PENGUKUHAN ROHANI & IBADAH
Sabtu, 3 Oktober 2026
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
* Taubat, Zikir, Doa & Husnul Khatimah
* Rukhsah dalam Ibadah & Praktikal Bersuci
* Spray, Tayammum & panduan ibadah bagi yang mempunyai keterbatasan fizikal
* Sesi soal jawab
Ustaz Najib Ahmad
Ustaz Hanif Hassan
MODUL 2 – PERSEDIAAN KEHIDUPAN & PENGURUSAN KEWANGAN
Sabtu, 17 Oktober 2026
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
* Tawakkal, Perancangan, Wasiat & Faraidh
* Pengurusan kewangan di usia emas
* Hutang, tabungan persaraan, insurans & pelaburan
* Sesi soal jawab
Ustaz Kamal Mokhtar
Abang Abu
MODUL 3 – MENJALANI USIA EMAS DENGAN SIHAT, TENANG & BERMARUAH
Sabtu, 24 Oktober 2026
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
* Menjaga Kualiti Hidup di Penghujung Usia
* Memahami keperluan penjagaan dan persediaan menghadapi sakit
* Palliative care & penghujung hayat dari perspektif perubatan dan Islam
* Persiapan Menuju Husnul Khatimah
* Sesi soal jawab
Bimbingan SyifaCare
Ustaz Harunarrashid
PERCUMA!
Sijil penyertaan diberikan bagi setiap modul
BMT bukan sekadar program untuk menambah ilmu, tetapi satu ruang untuk kita berhenti seketika, bermuhasabah dan mempersiapkan diri untuk menjalani usia emas dengan lebih bermakna.
Untuk diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau penjaga warga emas — inilah masa yang baik untuk kita sama-sama belajar dan bersedia.
Tempat adalah terhad.
Jangan tunggu sehingga kita memerlukan ilmu ini baru hendak mencarinya.
Daftar sekarang dan ajak ibu, ayah serta keluarga bersama!
Masjid Hasanah
Penyertaan PERCUMA
Daftar Segera di tinyurl.com/daftarminatbmt
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Sabtu | 3, 17 & 24 Oktober 2026
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Masjid Hasanah
Daftar di: tinyurl.com/daftarminatbmt [PERCUMA]
Registration Details
There are no tickets configured for this event. Please view event details above or contact the organizer for more info.