-
Hasanah Mosque - Email:
- Call:
Event Location
23 Jun, 2026 From 7:30 PM to 9:30 PM Masjid Hasanah, Kelas Aras 4, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
QC – Quran Check (TAHSIN)
Alhamdulillah, selepas sambutan yang sangat baik untuk siri pertama, QC – Quran Check kembali diteruskan dengan fokus kepada surah-surah lazim yang sering kita baca dalam solat.
Kadangkala kita membaca surah yang sama setiap hari, tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki makhraj, tajwid dan kelancaran bacaan. Program ini diadakan sebagai ruang untuk kita belajar, memperbetulkan kesilapan, dan membina lebih keyakinan dalam membaca ayat-ayat Allah dengan lebih baik. 
Fokus Surah:
Surah Al-Masad, An-Nasr, Al-Kafirun & Al-Kauthar
Butiran Program:
Setiap Hari Selasa | 4 Pertemuan
23 Jun – 8 Julai 2026
7.30 malam – 9.30 malam
Kelas Aras 4, Masjid Hasanah
Bimbingan:
Ust Syahid Salleh
Pendaftaran PERCUMA!
Apa yang akan dipelajari?
Tahsin bacaan surah-surah lazim
Memperkemaskan makhraj & tajwid
Memahami kesalahan bacaan yang sering berlaku
Menambah keyakinan dan kesempurnaan bacaan dalam solat
Terbuka kepada semua Muslimin & Muslimat yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran secara bertahap dan praktikal.
Semoga setiap huruf yang kita perbaiki menjadi asbab bertambahnya cinta kepada Al-Quran, serta mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.
Jom sambung perjalanan memperbaiki bacaan Al-Quran bersama-sama!
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Setiap Hari Selasa | 4 Pertemuan [23 Jun – 8 Julai 2026]
Masa: 7.30 malam – 9.30 malam
Tempat: Kelas Aras 4, Masjid Hasanah
Daftar di: tinyurl.com/registerinterestQCTahsinSurah