-
Hasanah Mosque - Email:
- Call:
- Share:
Event Location
16 Jun, 2026 From 6:30 PM to 9:30 PM Dewan Solat, Masjid Hasanah, Singapore View MapEvent will be conducted in Malay
Synopsis
MAJLIS MAAL HIJRAH 1448H
"Hijrah bermula dengan niat, bermakna dengan langkah."
Sempena kedatangan tahun baharu Islam 1448H, Masjid Hasanah dengan sukacitanya menjemput para jemaah Muslimin dan Muslimat untuk bersama-sama mengimarahkan Majlis Maal Hijrah 1448H.
Selasa, 16 Jun 2026
6.30 petang – 9.30 malam
Dewan Solat, Masjid Hasanah
Majlis akan dimulakan dengan Zikir Munajat, diikuti dengan Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun, serta ceramah khas yang akan disampaikan oleh Ustaz Faizal Wahab bertajuk:
"Niat Membina Arah, Jihad Merealisasikan Langkah"
Marilah kita memulakan lembaran tahun baharu Hijrah dengan memperbaharui niat, memperkukuhkan azam, dan meningkatkan pergantungan kepada Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.
Bersama-sama kita menghayati makna hijrah sebagai satu perjalanan perubahan ke arah yang lebih baik, demi meraih keredaan Allah SWT.
Jamuan ringan disediakan.
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat. Semoga tahun 1448H menjadi titik permulaan kepada hijrah yang lebih bermakna, diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Visit www.islamicevents.sg for more updates on local Islamic events in Singapore.
Details
Tarikh: Selasa, 16 Jun 2026
Masa: 6.30 petang – 9.30 malam
Tempat: Dewan Solat, Masjid Hasanah